ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN MURAJA'AH
BAB XVI - RAYUAN KE MAHKAMAH TINGGI SYARIAH



Seksyen 136. Kebenaran khas untuk merayu di dalam kes-kes yang tertentu.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah boleh, atas permohonan mana-mana orang yang ingin merayu yang dihalangi daripada berbuat demikian atas alasan ia tidak menurut mana-mana peraturan atau mana-mana keperluan Enakmen ini, memberi kebenaran khas untuk merayu dengan syarat yang ditetapkan dan dengan memberi arahan kepada Mahkamah Rendah Syariah dan kepada pihak-pihak berkenaan sebagaimana Hakim Mahkamah Tinggi Syariah berkenaan memandang perlu, supaya keadilan yang sepenuhnya dapat dilaksanakan dalam perkara itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.