ENAKMEN 2 TAHUN 1985
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 1985

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 65. Hak terhadap nafkah atau pemberian selepas perceraian.

(1) Hak bagi seorang isteri yang telah bercerai untuk menerima nafkah daripada suaminya yang dahulu di bawah sesuatu perintah mahkamah hendaklah terhenti apabila tamat tempoh iddah atau apabila isteri itu hidup dalam perzinaan dengan seseorang lain.

(2) Hak bagi seorang isteri yang telah bercerai untuk menerima pemberian daripada suaminya yang dahulu di bawah sesuatu perjanjian hendaklah terhenti apabila isteri itu berkahwin atau hidup dalam perzinaan dengan seseorang lain, melainkan jika perjanjian itu memperuntukkan selainnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.