BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN BAB 4 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS BERHUBUNG DENGAN SAMAN PENGHUTANG PENGHAKIMAN
(1) Jika seseorang penghutang penghakiman tidak mematuhi mana-mana perintah yang dibuat oleh Mahkamah terhadapnya di bawah seksyen 178, pemiutang penghakiman boleh, melalui notis penghakiman, meminta penghutang penghakiman itu hadir di Mahkamah untuk menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut dikomitkan ke penjara kerana keingkaran itu.
(2) Sesuatu permohonan untuk mendapatkan notis penghakiman di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dan diangkat sumpah oleh permohonan dalam Borang MS 44.