ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991
BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN.
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI
Seksyen 100. Soalan-soalan yang sah di sisi undang-undang dalam pemeriksaan balas.
Apabila seseorang saksi boleh diperiksa balas, maka ia bolehlah, selain dari soalan-soalan yang tersebut dahulu daripada ini, ditanya apa-apa jua soalan yang boleh-
(a)
menguji ketepatannya, kebenarannya atau sama ada ia boleh dipercayai atau tidak;
(b)
menentukan siapakah ia dan apakah kedudukannya dalam kehidupan; atau
(c)
melemahkan kebenarannya dengan jalan mencemarkan wataknya walaupun jawapan kepada soalan yang tersebut mungkin secara terus atau secara tidak terus, melibatkan jenayah atas dirinya, atau boleh mendedahkan atau rnungkin secara terus atau secara tidak terus mendedahkan ia kepada sesuatu hukuman atau rampasan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.