ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN I - QARINAH
BAB 2
Qarinah



Seksyen 14. Fakta yang menunjukkan wujudnya keadaan akal fikiran atau keadaan tubuh atau perasaan tubuh.

Fakta yang menunjukkan wujudnya sesuatu keadaan fikiran, seperti niat, pengetahuan, ketulusan, kecuaian, kegopohan, niat jahat atau niat baik terhadap seseorang tertentu, atau menunjukkan wujudnya sesuatu keadaan tubuh badan atau perasaan tubuh, adalah qarinah apabila wujudnya sesuatu keadaan fikiran atau tubuh atau perasaan tubuh itu menjadi soal atau relevan.

Huraian 1
- Sesuatu fakta qarinah yang menunjukkan wujudnya suatu keadaan fikiran yang berkaitan hendaklah menunjukkan bahawa keadaan fikiran itu wujud bukan pada amnya tetapi berhubung dengan perkara tertentu yang berkenaan itu.

Huraian 2
- Tetapi jika dalam perbicaraan seseorang yang dituduh atas sesuatu kesalahan, suatu kesalahan yang dilakukan dahulu oleh orang yang dituduh itu menjadi qarinah dalam erti seksyen ini, maka sabitan orang itu dahulu hendaklah juga menjadi satu fakta qarinah.

MISALAN




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.