ORDINAN 44 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA MAL SYARIAH
BAHAGIAN II - KESAN KETAKPATUHAN
Seksyen 5. Ketakpatuhan.
Ketakpatuhan mana-mana peruntukan Ordinan ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya tidaklah membatalkan mana-mana prosiding melainkan jika Mahkamah memerintahkan sedemikian, tetapi Mahkamah boleh, atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak, mengetepikan mana-mana prosiding keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai tak teratur, atau memerintahkan supaya apa-apa pindaan dibuat atas apa-apa terma yang difikirkannya adil.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.