ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991
BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB X
Darihal perbicaraan
Seksyen 96. Prosedur dalam perbicaraan.
Prosedut seperti berikut hendaklah diikuti oleh Hakim dalam perbicaraan -
(
a)
apabila orang yang dituduh menghadirkan diri atau dibawa ke hadapan Mahkamah, maka pertuduhan yang mengandungi butir-butir kesalahan yang dia dituduh itu hendaklah dirangka dan dibaca serta diterangkan kepadanya, dan dia hendaklah ditanya sama ada mengaku salah atas pertuduhan itu atau minta dibicarakan;
(
b
) jika tertuduh itu mengaku salah atas pertuduhan itu sama ada atas pertuduhan asal atau yang dipinda, maka pengakuan itu hendaklah dicatatkan dan dengan itu dia bolehlah disabitkan atas kesalahan tersebut;
Dengan syarat bahawa sebelum dicatatkan pengakuan salah itu Mahkamah hendaklah menentukan orang yang dituduh itu faham akan keadaan dan akibat daripada pengakuannya itu dan dia mahu mengaku, tanpa bersyarat, terhadap kesalahan yang dipertuduhkan, dan dia membuat pengakuan itu beberapa kali di hadapan Hakim dan tidak menarik balik pengakuan itu:
Dengan syarat selanjutnya bahawa dalam kes zina pengakuannya itu hendaklah dibuat sekurang-kurangnya empat kali;
(
c
) jika tertuduh itu enggan mengaku salah atau tidak mengaku salah aau minta dibicarakan, Mahkamah hendaklah terus mendengar keterangan pengadu (jika ada) dan mengambil semua keterangan yang dikemukakan bagi menyokong pendakwaan itu;
(
d
) apabila Mahkamah berpendapat mustahak ia hendaklah mengambil daripada pengadu atau orang lain nama-nama orang yang mungkin mengetahui tentang kenyataan kes itu dan yang boleh memberi keterangan bagi pihak pendakwaan dan hendaklah memanggil mereka itu untuk memberi keterangan di Mahkamah sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Mahkamah;
(
e
) tertuduh itu atau wakilnya hendaklah dibenarkan menyoal balas semua saksi bagi pihak pendakwa melalui Hakim;
(
f)
jika, selepas daripada mengambil semua keterangan tersebut, Mahkamah berpendapat bahawa tidak ada kes terhadap tertuduh itu yang boleh menyebabkan sabitannya, Mahkamah hendaklah mencatatkan perintah pembebasan itu;
(
g
) tiada apa-apa jua perenggan (f) boleh disifatkan menghalang Mahkamah daripada melepaskan tertuduh pada mana-mana jua peringkat terdahulu dalam kes itu jika dengan sebab yang dicatatkan oleh Mahkamah pertuduhan itu sama sekali tidak berasas;
(
h
) jika setelah mengambil keterangan itu, Mahkamah berpendapat ada alasan untuk menganggap bahawa tertuduh itu melakukan kesalahan seperti yang dipertuduhkan itu atau kesalahan-kesalahan lain yang Mahkamah itu berkuasa membicarakannya dan pada pendapatnya kes itu patut dibicarakan, ia hendaklah menimbangkan pertuduhan yang dicatatkan terhadap tertuduh itu dan hendaklah memutuskan sama ada pertuduhan itu mencukupi dan, jika mustahak, hendaklah meminda pertuduhan itu;
(
i
) jika pertuduhan itu dipinda ia hendaklah dibaca kepada tertuduh seperti yang dipinda itu dan ia hendaklah ditanya balik sama ada ia mengaku salah atau ada sebarang pembelaan yang hendak dibangkitkan;
(
j
) jika tertuduh itu tidak mengaku salah terhadap pertuduhan yang telah dipinda itu atau jika tidak ada pindaan dibuat, tertuduh hendaklah dipanggil untuk membela dirinya dan memberi keterangannya, dan hendaklah pada bila-bila masa apabila membuat pembelaannya dibenarkan memanggilkan semula dan menyoal balas mana-mana jua saksi melalui Hakim;
(
k
) jika tertuduh itu memberi apa-apa pernyataan bertulis Mahkamah hendaklah mencatatkan pernyataan itu bersama-sama dengan catatannya;
(
l
) jika tertuduh itu memohon kepada Mahkamah supaya mengeluarkan saman untuk meminta kehadiran mana-mana saksi (sama ada dia telah atau belum diperiksa berkenaan dengan kes itu sebelumnya) untuk tujuan diperiksa atau untuk menunjukkan sebarang dokumen atau barang lain, Mahkamah hendaklah mengeluarkan proses melainkan jika ia berpendapat permohonan yang seumpamanya itu patut ditolak atas alasan bahawa ia dibuat dengan tujuan mengganggu atau melambatkan atau menjejaskan matlamat, keadilan. Alasan yang seumpamanya itu hendaklah dicatatkan secara bertulis;
(
m
) (i) jika Mahkamah berpendapat tertuduh tidak bersalah, maka Mahkamah hendaklah mencatatkan perintah pembebasan;
(ii) jika Mahkamah berpendapat tertuduh bersalah atau jika pengakuan salahnya telah dicatatkan dan diterima, maka Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman mengikut undang-undang;
(
n
) apabila prosiding yang telah dijalankan itu berpunca daripada aduan yang dibuat dengan jalan ikrar di bawah seksyen 74 dan pada hari yang ditetapkan untuk perbicaraan kes itu pengadu tidak hadir, dan kesalahan itu boleh menurut undang-undang dikompaunkan, Mahkamah boleh menurut budi bicaranya, walau apa pun yang diperuntukkan terdahulu daripada ini, membebaskan yang dituduh itu pada bila-bila masa jua sebelum memanggilnya untuk membela diri.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.