ENAKMEN 3 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1982

BAHAGIAN IV - PERATURAN AM



Seksyen 26. Penangguhan dan pemindahan kes-kes.

(1) Mahkamah boleh kerana sebab-sebab yang cukup menangguhkan apa-apa pembicaraan dari masa ke masa dan dari tempat ke tempat.

(2) Mahkamah Qadhi Besar boleh memindah mana-mana kes kepada Mahkamah Qadhi yang lain apabila rujukan dibuat oleh Qadhi setelah menerima permohonan dari salah satu pihak dalam mana-mana pembicaraan:

Dengan syarat bahawa di dalam satu-satu kes di mana diperlukan ampuni perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan, maka Mahkamah Qadhi Besar boleh memindahkan kes itu kepada Mahkamah Qadhi yang lain dengan ampuni perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.