ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991
BAHAGIAN XI - PENZAHIRAN
Seksyen 76. Penzahiran dokumen dan fakta.
(1) Mahkamah boleh, jika perlu, dan atas syarat-syarat tertentu memerintahkan mana-mana pihak supaya-
(
a
) menyatakan dengan ikrar secara lisan atau bertulis apa-apa dokumen yang masih atau telah berada dalam milikan atau kuasanya mengenai perkara yang dipersoalkan atau sama ada ia ada atau telah berada dalam milikannya apa-apa dokumen tertentu atau sebahagiannya, dan, dalam salah satu kes, tempat tersimpannya mana-mana dokumen yang dahulu, tetapi sekarang bukan berada dalam milikan atau kuasanya;
(
b
) mengemukakan apa-apa dokumen yang berada dalam milikan atau kuasanya;
(
c
) menjawab secara lisan atau afidavit, soalan interogatori yang telah diserahkan oleh pihak satu lagi dan diluluskan oleh Mahkamah.
(2) Jika pihak itu suatu perbadanan, seorang pegawainya boleh diarah untuk bertindak sedemikian bagi pihaknya.
(3) Mahkamah boleh menggantungkan mana-mana prosiding sementara menunggu kepatuhan perintah atau arahan Mahkamah.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.