ENAKMEN 3 TAHUN 1996
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN II - KESALAHAN YANG BERHUBUNG DENGAN 'AQIDAH



Seksyen 5. Mengembangkan doktrin agama, dsb.

Mana-mana orang, sama ada dia beragama Islam atau tidak, yang mengembangkan doktrin atau kepercayaan agama selain daripada doktrin atau kepercayaan agama Islam di kalangan orang yang beragama Islam adalah melakukan suatu kesalahan yang boleh dibicarakan di Mahkamah Sivil dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.