ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVII - DARIHAL RAYUAN KE MAHKAMAH TINGGI SYARIAH



Seksyen 148. Kos.

(1) Tertakluk kepada subseksyen-subseksyen yang berikut, dalam semua prosiding di bawah Bab ini dan Bab XIX Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai kuasa untuk memberikan kos sebagaimana yang ia fikirkan patut supaya dibayar oleh pengadu kepada tertuduh atau oleh tertuduh kepada pengadu:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua kos pun boleh diberi dalam mana-mana prosiding yang dibawa terhadap perintah pembebasan.

(2) Kos itu hendaklah ditaksirkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada masa ia memberi keputusannya.

(3) Dalam apa-apa jua hal kos tidak boleh diberi sama ada terhadap atau memihak kepada Pendakwa.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.