ENAKMEN 2 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB 5 - KETERANGAN SURATAN



Seksyen 56. Membuktikan suratan.

(1) Jika seseorang menafikan tulisan atau penyempurnaan atau tanggungan yang diwujudkan di dalam sesuatu suratan, tulisan dan penyempurnaan atau tanggungan yang diwujudkan di dalam sesuatu suratan, tulisan dan penyempurnaan suratan tersebut hendaklah dibuktikan oleh sekurang-kurangnya dua orang saksi kepada suratan itu.

(2) Jika saksi kepada suratan itu tidak boleh didapati, tulisan dan penyempurnaan suratan itu hendaklah dibuktikan oleh dua orang saksi yang mengenali tulisan dan tandatangan orang yang menulis dan menyempurnakan suratan itu.

(3) Jika saksi kepada suratan itu atau orang yang disebut di dalam seksyen kecil (2) menyaksikan tulisan dan tandatangan itu, orang yang menyempurnakan suratan tersebut hendaklah terikat dengan tanggungan yang diwujudkan.

(4) Jika saksi kepada suratan itu atau orang yang disebut di dalam seksyen kecil (2) tidak menyaksikan tulisan dan tandatangan suratan itu sepenuhnya, tulisan dan tandatangan suratan itu hendaklah diperakui sah oleh seboleh-bolehnya dua orang pakar.

(5) Jika pakar memperakukan sah tulisan dan tandatangan suratan itu, orang yang menyempurnakan suratan itu hendaklah terikat dengan tanggungan yang diwujudkan.

(6) Jika suratan tidak boleh dibuktikan dengan cara yang tersebut di atas, orang yang menafikan tulisan itu dan penyempurnaan suratan itu hendaklah apabila diminta oleh plaintif mengangkat sumpah dan jika dia tidak mahu bersumpah, sumpah itu dikembalikan kepada plaintif dan selepas sumpah itu dibuat sabitlah tuntutannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.