ORDINAN 44 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA MAL SYARIAH

BAHAGIAN VIII - PLIDING



Seksyen 71. Butir-butir.

(1) Jika mana-mana pliding tidak mengandungi butir-butir yang mencukupi, Mahkamah boleh, atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak, memerintahkan pihak yang bertanggungjawab supaya memfailkan dan menyebabkan disampaikan butir-butir lanjut dan jelas, dan boleh menggantungkan semua prosiding sehingga perintah itu dipatuhi.

(2) Butir-butir lanjut dan jelas boleh difailkan dan disampaikan atas permintaaan tanpa perintah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.