ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991
BAHAGIAN XIX - PERLAKSANAAN
Seksyen 138. Jenis-jenis perlaksanaan.
(1) Suatu perintah perlaksanaan boleh mengarahkan bailif-
(
a
) mendapatkan balik apa-apa jumlah wang yang kena dikembalikan dengan cara menyita dan menjual harta alih penghutang penghakiman; atau
(
b
) menahan harta alih kepunyaan penghutang penghakiman yang berada dalam milikan atau kawalan pihak ketiga, selepas ini dipanggil garnisi atau hutang yang perlu dibayar oleh garnisi kepada penghutang penghakiman; atau
(
c
) menyita dan menyerahkan kepada pemiutang penghakiman mana-mana barang yang diperintahkan supaya diserahkan oleh penghutang penghakiman kepada pemiutang penghakiman; atau
(
d
) menahan pendapatan penghutang penghakiman,
atau melakukan mana-mana dua atau lebih daripada tindakan tersebut.
(2) Tiap-tiap perintah perlaksanaan hendaklah menyatakan cara perlaksanaan yang mana daripada yang tersebut di atas yang dia mahu menjelaskan dan boleh menentukan mana-mana harta yang berkenaan.
(3) Suatu perintah perlaksanaan lanjutan boleh dikeluarkan atas permohonan mana-mana pemiutang penghakiman, jika ia adalah mengenai harta lain atau cara perlaksanaan yang lain daripada apa yang telah disebutkan dalam perintah perlaksanaan yang sedang berkuatkuasa.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.