ENAKMEN 1 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983
BAHAGIAN V - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN
Seksyen 66. Lamanya tempoh perintah bagi nafkah anak.
Kecuali-
(a) jika sesuatu perintah mengenai nafkah seseorang anak dinyata sebagai selama tempoh yang lebih singkat; atau
(b) jika sesuatu perintah itu telah dibuat; atau
(c) jika sesuatu perintah itu dibuat untuk-
(i) seorang anak perempuan yang belum berkahwin, atau yang oleh sesuatu sebab hilang upaya dari segi otak atau jasmani, tidak berkebolehan menanggung nafkah dirinya; atau
(ii) seorang anak lelaki yang, oleh sesuatu sebab hilang upaya dari segi otak atau jasmani, tidak berkebolehan menanggung nafkah dirinya;
perintah itu hendaklah tamat, apabila anak itu baligh dan berdikari:
Dengan syarat sentiasanya bahawa Mahkamah boleh, atas permohonan oleh anak itu atau oleh seseorang lain, melanjutkan perintah nafkah itu supaya meliputi apa-apa tempoh tambahan yang difikirkannya munasabah bagi membolehkan anak itu mengikuti pelajaran tinggi atau latihan lanjut.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.