ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 4 - PERBICARAAN



Seksyen 101. Pemindahan kes.

Dalam mana-mana perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah yang mana terdapat pada mana-mana peringkat prosiding itu, atas apa-apa sebab-sebab kes, pada pendapat Hakim, sepatutnya dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, atau jika sebelum atau ketika perbicaraan itu permohonan dibuat oleh Ketua Pendakwa Syarie, Hakim hendaklah menggantung prosiding itu dan memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Syariah dan dia hendaklah merekodkan perintah berkenaan dengan prosiding itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.