ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN XXXIII - PERUNTUKAN AM



Seksyen 242. Memberi jaminan.

(1) Jaminan hendaklah diberi dengan mendepositkan wang atau melalui bon. Jumlah hendaklah ditetapkan oleh Mahkamah atau Pendaftar. Perbelanjaan mengenai jaminan hendaklah ditanggung oleh orang yang memberi jaminan itu. Suatu akujanji bertulis oleh seorang Peguam Syarie boleh diterima sebagai ganti jaminan lain.

(2) Apabila jaminan itu diberi dengan mendepositkan wang, wang itu tidak boleh dibayar keluar tanpa perintah Mahkamah.

(3) Apabila jaminan itu diberi melalui bon, dua orang penjamin adalah diperlukan kecuali Mahkamah memerintah sebaliknya, dan pihak yang satu lagi itu hendaklah diberi peluang untuk membantah penjamin itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.