ORDINAN 47 TAHUN 2001
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH, 2001

BAHAGIAN II - PEMBUKTIAN
BAB 3 - KETERANGAN DOKUMENTAR



Seksyen 55. Pengakuan mengenai tulisan, tandatangan atau meterai.

(1) Pengakuan tentang tulisan, tandatangan atau meterai hendaklah diterima sebagai pengakuan orang yang menulis atau yang menyempurnakan dokumen itu.

(2) Sesuatu pengakuan yang dibuat dalam dokumen yang ditulis atau yang disebabkan ditulis oleh seseorang di bawah tandatangan atau meterainya dan diserahkan kepada orang lain boleh diterima sebagai iqrar, dengan syarat bahawa seksyen 17(2) dipatuhi.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.