ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994

BAHAGIAN I - KERELEVENAN
BAB 2 - QARINAH
Pendapat pihak ketiga bila relevan



Seksyen 33. Pendapat pakar.

(1) Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat atau sesuatu perkara mengenai undang-undang negara asing atau mengenai sains atau seni, atau tentang pengenalan atau ketulenan tulisan tangan atau cap jari atau tentang bentuk menentukan nasab, maka pendapat atas perkara itu dari pakar dalam undang-undang negara asing, sains atau seni itu atau dalam soal pengenalan atau ketulenan tulisan tangan atau cap jari atau tentang bentuk menentukan nasab adalah qarinah.

(2) Orang yang seumpama itu adalah dinamakan pakar.

(3) Seboleh-bolehnya dua orang pakar atau lebih hendaklah dipanggil untuk memberi keterangan tetapi jika tidak terdapat dua orang pakar maka keterangan seorang pakar adalah memadai. Jika pendapat dua orang pakar bertentangan maka pakar yang ketiga hendaklah dipanggil untuk memberi keterangan.

MISALAN





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.