ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VI - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 1 - RAYUAN KE MAHKAMAH TINGGI SYARIAH.



Seksyen 142. Menetapkan rayuan ke dalam senarai.

(1) Apabila menerima dokumen-dokumen yang disebutkan di bawah seksyen 139, Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah memberi nombor rayuan dan memasukkannya ke dalam senarai rayuan untuk didengar dan memberi notis kepada pihak yang terlibat bahawa rayuan itu telah dimasukkan.

(2) Sebaik sahaja suatu tarikh telah ditetapkan, Pendaftar hendaklah memberi kepada pihak yang terlibat notis mengenai tarikh pendengaran rayuan itu.

(3) Dalam mana-mana kes, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah boleh, atas tindakannya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak yang berkenaan dan dengan memberi notis yang munasabah kepada pihak-pihak tersebut, mempercepatkan atau menundakan pendengaran rayuan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.