ORDINAN 6 TAHUN 1991
ORDINAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH

BAHAGIAN II - KESALAHAN



Seksyen 41. Mengeluar atau mengalih bahan-bahan batu menyalahi undang-undang.

(1) Seseorang, tanpa kebenaran yang sah, yang mengeluar, mengalih atau mengangkut, atau membenarkan pengeluaran, pengalihan atau pengangkutan bahan-bahan batu tanah Majlis adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

(2) Seseorang yang berada dalam jagaannya atau milikannya atau di bawah kawalannya, apa-apa bahan-bahan batu selain daripada bentuk yang menjadikan ia sebahagian asal daripada tanah di mana ia dijumpai, hendaklah dianggap telah dikeluarkan, dialihkan atau diangkut, atau membenarkan dikeluar, dialih atau diangkut, bahan-bahan batu itu tanpa kebenaran yang sah.

(3) Seseorang yang dihukum atas apa-apa kesalahan di bawah seksyen ini boleh diperintahkan membayar kepada Majlis, selain daripada denda yang dikenakan atas sabitan itu, pampasan yang sama nilainya dengan nilai bahan-bahan batu yang terlibat dan atas apa-apa kayu balak yang tumbang atau rosak semasa pengeluaran bahan-bahan batu itu.

(4) Bagi maksud subseksyen (3), nilai apa-apa bahan batu atau kayu balak hendaklah, di dalam ketiadaan keterangan di sebaliknya, mengikut apa-apa jumlah yang disahkan oleh Pengarah Tanah dan Ukur atau Pengarah Hutan, dan apa-apa jumlah yang diperintahkan dibayar mengikut subseksyen tersebut hendaklah didapatkan seolah ia adalah denda yang dikenakan atas sabitan.

(5) Bagi maksud seksyen 41, 42 dan 43 tanah-tanah Majlis ertinya tanah-tanah yang didaftar atau diletakhak atas nama Majlis.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.