ENAKMEN 2 TAHUN 1988
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA MELAKA 1988
BAHAGIAN VI - PELBAGAI
Seksyen 28. Peraturan-peraturan
Pihak Berkuasa Negeri atas nasihat Jabatan boleh, melalui pemberitahuan dalam
Warta,
membuat peraturan-peraturan bagi menjalankan peruntukan-peruntukan Enakmen ini, dan khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan makna yang tersebut di atas, peraturan-peraturan itu boleh membuat peruntukan mengenai-
(a)
suratcara Jemaah Pengurusan dengan apa-apa perubahan yang dibenarkan supaya sesuai dengan mana-mana Sekolah Agama yang tertentu;
(b)
kurikulum bagi Sekolah Agama;
(c)
jenis dan standard buku-buku teks untuk digunakan dalam Sekolah Agama;
(d)
pengawalseliaan peperiksaan yang akan diadakan dan sijil-sijil yang akan dikeluarkan;
(e)
kelulusan guru-guru untuk Sekolah Agama;
(f)
menetapkan cara bagaimana wang Jemaah akan dibelanjakan dan caranya dokumen, cek dan suratcara dari apa-apa perihalan hendaklah ditandatangani atau disempurnakan bagi pihak Jemaah;
(g)
kesalahan-kesalahan yang dilakukan di bawah mana-mana peraturan itu;
(h)
menetapkan borang bagi maksud mana-mana peruntukan Enakmen ini; dan
(i)
apa-apa perkara lain yang perlu untuk mentadbirkan dengan sepatutnya Sekolah Agama.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.