ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 6 - BEBAN MEMBUKTI



Seksyen 78. Beban membuktikan fakta yang diketahui secara khas.

Apabila mana-mana fakta adalah khasnya diketahui oleh seseorang maka beban bagi membuktikan fakta itu terletak padanya.

MISALAN

Apabila seseorang melakukan sesuatu perbuatan dengan sesuatu niat yang lain daripada bentuk niat yang boleh difaham daripada hal keadaan perbuatan itu, maka beban membuktikan niat itu adalah terletak padanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.