ENAKMEN 5 TAHUN 1989
ENAKMEN KAWALAN DAN SEKATAN PENGEMBANGAN AGAMA-AGAMA BUKAN ISLAM 1989

BAHAGIAN II - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 8. Kesalahan membahagikan apa-apa terbitan atau bahan publisiti mengenai agama bukan Islam kepada seorang Islam.

(1) Seseorang adalah melakukan kesalahan jika ia, dalam masa membahagikan apa-apa terbitan atau bahan publisiti mengenai suatu agama bukan Islam, secara langsung atau tidak langsung menyerahkan satu salinan atau salinan-salinan terbitan atau bahan publisiti itu kepada seorang Islam.

(2) Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-dua denda dan penjara itu.

(3) Adalah menjadi suatu pembelaan terhadap suatu pertuduhan di bawah subseksyen (1)-




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.