ENAKMEN 10 TAHUN 2004
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH
BAHAGIAN XXV - PELBAGAI
Seksyen 246. Jawatankuasa kaedah-kaedah.
(1) Maka hendaklah ditubuhkan suatu Jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Kaedah-kaedah Mahkamah Syariah yang terdiri daripada -
(a)
Ketua Hakim Syar'ie yang hendaklah menjadi sebagai Pengerusi:
(b)
seorang wakil Majlis Ugama Islam Negeri Sabah;
(c)
seorang wakil dari Jabatan Peguam Besar Negeri;
(d)
seorang wakil Peguam Syar'ie; dan
(e)
dua orang anggota lain yang dilantik oleh Ketua Hakim Syar'ie.
(2) Anggota yang dilantik di bawah perenggan (1)
(e)
hendaklah memegang jawatan selama tempoh dua tahun dan layak dilantik semula.
(3) Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah hendaklah menjadi Setiausaha Jawatankuasa.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.