ORDINAN 47 TAHUN 2001
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH, 2001

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 3 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 96. Bila soalan memimpin tidak boleh ditanya.

(1) Soalan memimpin tidak boleh, jika dibantah oleh pihak menentang, ditanya dalam pemeriksaan utama atau dalam pemeriksaan semula, kecuali dengan kebenaran Mahkamah.

(2) Mahkamah hendaklah membenarkan soalan memimpin tentang perkara yang merupakan permulaan atau tak dipertikaikan atau yang pada pendapatnya telah terbukti dengan secukupnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.