ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB IX - PERTUDUHAN



Seksyen 85. Memanggil balik saksi apabila pertuduhan dipinda atau ditambah.

Jika sesuatu pertuduhan dipinda atau ditambah oleh Mahkamah selepas bermulanya perbicaraan itu, pendakwa dan orang yang dituduh hendaklah dibenarkan memanggil semula atau menyaman balik dan memeriksa mana-mana juga saksi yang telah diperiksa berhubung dengan pindaan atau tambahan itu, dan boleh juga membawa mana-mana keterangan tambahan yang mungkin perlu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.