ENAKMEN 8 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1989

BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
Bab V - KETERANGAN SURATAN



Seksyen 52. Bila keterangan tak asal bagi suratan boleh diberi.

(1) Keterangan tak asal boleh diberi mengenai kewujudan, keadaan atau kandungan sesuatu suratan yang boleh diterima sebagai keterangan dalam hal yang berikut-
(2) Dalam hal seksyen-kecil (1) (a), (c) dan (d) apa-apa keterangan tak asal mengenai kandungan suratan itu boleh diterima.

(3) Dalam hal seksyen (1) (
b), pengakuan bertulis di hadapan seorang Hakim atau Pesuruhjaya Sumpah yang beragama Islam itu bolehlah diterima.

(4) Dalam hal seksyen-kecil (1) (
e) atau (f) hanya salinan suratan itu yang diperakui boleh diterima.

(5) Dalam hal seksyen-kecil (1) (
g) keterangan boleh diberi tentang pendapat secara am atas suratan itu oleh orang yang telah memeriksanya dan yang mahir dalam pemeriksaan suratan seperti itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.