ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR MAL SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN XVI - AFIDAVIT



Seksyen 112. Soal balas.

(1) Mana-mana pihak yang ingin mempertikaikan kebenaran fakta yang terdapat di dalam afidavit boleh menyampaikan kepada pihak yang memfailkan notis hasratnya untuk menyoal balas orang yang membuat afidavit dan seterusnya jika orang itu tidak dikemukakan untuk soal balas, Mahkamah hendaklah, melainkan di dalam keadaan khas, menolak atau mengenepikan afidavit itu.

(2) Mahkamah boleh atas usulnya sendiri menghendaki kehadiran mana-mana orang yang membuat afidavit dan, jika ia gagal hadir, Mahkamah boleh menolak atau mengenepikan afidavit itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.