Tr. P.U. 4/2002
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (HUDUD DAN QISAS) TERENGGANU 1423H/2002M

BAHAGIAN VIII



Seksyen 38. Hukuman Kerana Menyebabkan Kecederaan badan.

(1) Sesiapa menyebabkan kecederaan badan kepada seseorang maka dia hendaklah dihukum dengan hukuman qisas iaitu dengan dikenakan kecederaan yang sama dilakukan kepada mangsanya dan sekiranya hukuman qisas itu tidak dapat dikenakan atau tidak dapat dilaksanakan dengan sebab syarat-syarat yang dikehendaki oleh Hukum Syarak tidak dipenuhi maka pesalah itu hendaklah membayar irsy kepada mangsanya dan bolehlah dikenakan hukuman takzir dengan dipenjarakan.

(2) Banyaknya irsy yang mesti dibayar dan tempoh hukuman penjara yang akan dikenakan hendaklah mengikut apa yang ditetapkan oleh Hukum Syarak, dan hendaklah berbeza-beza mengikut keadaan dan keparahan dan jenis kecederaan yang dilakukan kepada mangsanya dan juga keadaan dalam mana kesalahan itu dilakukan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.