ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN XXIX - WANG, KUMPULANWANG YANG DILABURKAN DAN HARTA DALAM MAHKAMAH



Seksyen 222. Kumpulanwang tidak dituntut.

(1) Wang di dalam Mahkamah yang tidak dilaburkan dan tidak dituntut selepas 6 tahun dan kumpulanwang yang dilaburkan yang tidak dituntut selepas 10 tahun, hendaklah, kecuali jika Mahkamah mendapat notis mengenai mana-mana tuntutan terhadapnya oleh seorang kanak-kanak atau seorang yang tidak siuman, menjadi harta Baitulmal dan hendaklah seterusnya dibayar kepada Baitulmal.

(2) Jika ada apa-apa tuntutan dibuat terhadap wang atau kumpulanwang ini selepas dari ini Mahkamah boleh menggunakan budibicaranya untuk sama ada membayar jumlah tuntutan itu ataupun nilainya kepada pihak menuntut.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.