ENAKMEN 9 TAHUN 1988
ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN II - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 16. Hamil luar nikah.

(1) Mana-mana orang perempuan yang didapati hamil atau melahirkan anak di luar nikah tidak termasuk persetubuhan syubhah adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2) Mana-mana orang perempuan yang melahirkan anak yang penuh sifat kurang daripada enam bulan hijri tidak termasuk persetubuhan syubhah selepas dia berkahwin boleh disifatkan sebagai melahirkan anak di luar nikah.

(3) Beban membuktikan bahawa seorang perempuan itu telah disetubuhi dengan cara syubhah atau sebagainya atau berkahwin atau anak itu dilahirkan dalam jangka masa yang boleh diterima mengikut Hukum Syarak adalah terletak di atas perempuan itu.

(4) Seksyen 112 Akta Keterangan 1950 tidak boleh dipakai bagi maksud seksyen ini.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.