ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN II - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 8. Pendaftar-pendaftar.

(1) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh, atas nasihat Ketua Hakim Syarie, melantik, daripada kalangan anggota Perkhidmatan Awam Negeri seorang Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah, Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah dan Penolong-penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah.

(2) Semua perlantikan di bawah subseksyen (1) hendaklah disiarkan dalam
Warta.

(3) Pendaftar-Pendaftar yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah, selain daripada dinyatakan selainnya dalam mana-mana undang-undang bertulis dan arahan oleh Ketua Hakim Syarie, mempunyai semua kuasa dan tugas yang perlu bagi menjalankan pentadbiran Mahkamah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.