ENAKMEN 7 TAHUN 2001
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (TAKZIR) (TERENGGANU) 2001

BAHAGIAN V - KESALAHAN YANG BERHUBUNG DENGAN KEADILAN DAN KETENTERAMAN AWAM



Seksyen 51. Mengeji atau menghina undang-undang.

Mana-mana orang yang mengeji atau menghina mana-mana undang-undang yang berkaitan dengan Agama Islam yang berkuat kuasa di dalam Negeri Terengganu adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.