ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VI - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 2 - RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 162. Kuasa Mahkamah Rayuan Syariah.

(1) Apabila mendengar sesuatu rayuan Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mendengar perayu atau Peguam Syarienya jika dia hadir dan, jika difikirkan patut, responden atau Peguam Syarienya, jika dia hadir, dan boleh mendengar jawapan perayu atau Peguam Syarienya dan Mahkamah Rayuan Syariah boleh kemudiannya mengesah, mengakaskan atau mengubah keputusan Mahkamah yang membicarakan, atau boleh memerintahkan perbicaraan semula atau boleh menghantar balik perkara itu dengan pendapat Mahkamah Rayuan Syariah mengenainya kepada Mahkamah yang membicarakan, atau boleh membuat apa-apa perintah yang lain dalam perkara itu sebagaimana yang ia dapati adil, dan boleh dengan perintah itu menjalankan mana-mana kuasa yang boleh dijalankan oleh Mahkamah yang membicarakan.

(2) Apabila mendengar sesuatu rayuan, Mahkamah Rayuan Syariah boleh, jika difikirkan bahawa hukuman yang lain patut dijatuhkan, membatalkan hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah yang membicarakan dan menjatuhkan hukuman lain yang diberikuasa oleh undang-undang, sama ada lebih berat atau tak seberat, sebagai mengganti hukuman tersebut sebagaimana yang ia fikirkan patut dijatuhkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.