ENAKMEN 1 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN VII - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 96. Pelanggaran terhadap seksyen 25.


Seseorang yang melanggar peruntukan-peruntukan seksyen 25 adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada tiga ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya sekali; dan bagi sabitan kali kedua atau yang kemudiannya boleh dikenakan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duannya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.