ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB IX - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 93. Lebih daripada seorang boleh dipertuduh bersesama.

Apabila lebih daripada seorang dituduh melakukan kesalahan yang sama atau kesalahan-kesalahan yang berlainan yang dilakukan dalam suatu urusan yang sama, atau apabila seorang dituduh melakukan suatu kesalahan dan seorang lain dituduh bersubahat atau cuba melakukan kesalahan yang sama itu, maka mereka boleh dipertuduh dan dibicarakan bersama atau berasingan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah, dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam bahagian yang terdahulu dalam Bab ini hendaklah terpakai bagi semua pertuduhan sedemikian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.