ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB V - SURAT-SURAT PERINTAH UNTUK MEMAKSA MENGEMUKAKAN SURATAN DAN HARTA LAIN DAN UNTUK MELEPASKAN ORANG TERSALAH TAHAN
Waran Geledah



Seksyen 48. Orang yang menjaga tempat tertutup mesti membenarkan penggeledahan.

(1) Apabila mana-mana tempat yang boleh digeledah atau diperiksa di bawah Bab ini tertutup, mana-mana orang yang mendiami di dalamnya atau menjaga tempat itu hendaklah atas permintaan oleh pegawai atau orang lain yang melaksanakan waran dan apabila waran itu dikemukakan memberi izin memasuki tempat dan memberikannya segala kemudahan yang munasabah untuk menggeledah tempat itu.

(2) Jika kemasukan ke tempat itu tidak boleh diperolehi, pegawai atau orang lain yang melaksanakan waran bolehlah melaksanakan waran itu dengan cara yang diperuntukkan oleh seksyen 11 (2).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.