ORDINAN 47 TAHUN 2001
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH, 2001

BAHAGIAN II - PEMBUKTIAN
BAB 1 - FAKTA YANG TIDAK PERLU DIBUKTIKAN



Seksyen 45. Fakta yang diakui tidak perlu dibuktikan.

(1) Tertakluk kepada seksyen 17 (2), tiada fakta perlu dibuktikan dalam mana-mana prosiding jika pihak-pihak dalam prosiding itu atau ejen mereka bersetuju untuk mengakuinya dalam pendengaran itu atau yang sebelum pendengaran itu mereka bersetuju untuk mengaku dengan apa-apa tulisan di bawah tandatangan mereka, atau yang menurut apa-apa kaedah pliding yang sedang berkuat kuasa, mereka adalah disifatkan telah mengakuinya dengan pliding mereka.

(2) Mahkamah boleh, menurut budi bicaranya, menghendaki supaya fakta yang diakui itu dibuktikan selain daripada dengan iqrar sedemikian.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.