ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN I - QARINAH
BAB 2
Bila pendapat orang ketiga qarinah



Seksyen 38. Bila pendapat mengenai pertalian qarinah.

Apabila mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang pertalian seseorang dengan seorang lain, maka pendapat yang dilahirkan melalui kelakuan tentang adanya pertalian sedemikian oleh seseorang yang, sebagai ahli keluarga itu atau selainnya, mempunyai cara-cara istimewa bagi mengetahui perkara itu, adalah suatu fakta qarinah.

MISALAN




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.