ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN I - QARINAH
BAB 2
Kenyataan yang dibuat dalam keadaan khas



Seksyen 23. Qarinahnya catatan di dalam rekod awam yang dibuat semasa menjalankan kewajipan.

Sesuatu catatan di dalam mana-mana daftar, rekod atau lain-lain buku awam atau rasmi, yang menyatakan sesuatu fakta yang menjadi soal atau fakta yang relevan yang dibuat oleh seseorang penjawat awam pada menjalankan tugas kewajipan rasmi atau oleh mana-mana orang lain pada menjalankan sesuatu kewajipan yang diperintah dengan khasnya oleh undang-undang bagi negara di mana daftar, rekod atau buku itu disenggarakan adalah sendirinya suatu fakta qarinah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.