ORDINAN 47 TAHUN 2001
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH, 2001

BAHAGIAN II - PEMBUKTIAN
BAB 3 - KETERANGAN DOKUMENTAR
Dokumen Awam



Seksyen 59. Salinan diperakui bagi dokumen awam.

Tiap-tiap pegawai awam yang mempunyai dalam jagaannya dokumen awam yang mana-mana orang mempunyai hak untuk memeriksa hendaklah memberi orang itu, apabila diminta, suatu salinan dokumen itu apabila fi di sisi undang-undang baginya dibayar, berserta dengan suatu perakuan, yang ditulis di kaki salinan itu, bahawa ia adalah salinan yang benar bagi dokumen itu atau bagi bahagiannya, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan perakuan itu hendaklah ditarikhkan serta ditandatangani oleh pegawai itu dengan nama dan jawatan rasminya, dan hendaklah dimeteraikan bilamana pegawai itu dibenarkan oleh undang-undang untuk menggunakan sesuatu meterai, dan salinan yang diperakui sedemikian hendaklah dipanggil salinan diperakui.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.