ENAKMEN 4 TAHUN 1984
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM SELANGOR 1952

BAHAGIAN X - AM



Seksyen 134. Kuasa bagi membuat kaedah-kaedah.

(1) Duli Yang Maha Mulia Sultan atas nasihat Majlis, boleh, melalui pemberitahu dalam Warta,membuat kaedah-kaedah untuk mengawal amalan dan acara dalam semua perbicaraan hal ehwal suami-isteri di bawah Enakmen ini mengikut sebagaimana yang difikirkannya bermanfaat dan kaedah-kaedah untuk menetap dan mengawal bayaran dan kos yang kena dibayar dalam semua perbicaraan itu; tertakluk kepadanya itu, semua perbicaraan di bawah Enakmen ini hendaklah dikawal oleh amalan dan acara Mahkamah yang ditetapkan oleh Enakmen Pentadbiran, setakat mana amalan dan acara itu tidak berlawanan dengan Enakmen ini.

(2) Mengenai perkara amalan dan acara dalam perbicaraan hal ehwal suami-isteri yang tidak diperuntukkan dengan nyata dalam Enakmen ini atau dalam apa-apa kaedah yang dibuat di bawah Enakmen ini atau dalam Enakmen Pentadbiran, Mahkamah boleh memakai apa-apa amalan dan acara yang difikirkannya wajar bagi mengelakkan ketidakadilan dan bagi menyelesaikan perkara-perkara yang dipersoalkan antara pihak-pihak.

(3) Duli Yang Maha Mulia Sultan, atas nasihat Majlis boleh, melalui pemberitahu dalam Warta, membuat kaedah-kaedah bagi maksud Enakmen ini dan, tanpa menyentuh keluasan yang tersebut itu, kaedah-kaedah itu boleh mengadakan peruntukkan-peruntukkan bagi---




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.