ORDINAN 45 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA JENAYAH SYARIAH, 2001

BAHAGIAN IV - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI-PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA MEREKA UNTUK MENYIASAT



Seksyen 63. Penggeledahan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama.

(1) Bilamana seseorang Pegawai Penguatkuasa Agama yang membuat sesuatu penyiasatan berpendapat bahawa pengemukaan apa-apa dokumen atau benda lain adalah perlu bagi penjalanan sesuatu penyiasatan mengenai apa-apa kesalahan yang dia diberi kuasa menyiasatnya dan ada sebab untuk mempercayai bahawa-

maka Pegawai Penguatkuasa Agama itu boleh menggeledah atau menyebabkan penggeledahan dibuat untuk mencari dokumen atau benda lain itu di mana-mana tempat.

(2) Pegawai Penguatkuasa Agama itu hendaklah, jika praktik, menjalankan penggeledahan itu sendiri.

(3) Jika Pegawai Penguatkuasa Agama tidak menjalankan penggeledahan itu sendiri dan tiada orang lain yang kompeten untuk membuat penggeledahan itu hadir pada waktu itu, dia boleh mengarahkan mana-mana pegawai bawahannya membuat penggeledahan itu, dan Pegawai Penguatkuasa Agama itu hendaklah menyerahkan kepada pegawai bawahan suatu perintah bertulis yang menyatakan dokumen atau benda lain yang dicari itu dan tempat yang hendak digeledah itu, dan pegawai bawahan itu boleh sesudah itu menggeledah untuk mendapatkan dokumen atau benda lain itu di tempat itu.

(4) Peruntukan Ordinan ini tentang waran geledah hendaklah, setakat yang boleh, terpakai bagi penggeledahan yang dibuat di bawah seksyen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.