ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH
Prosedur dalam Prosiding Mal



Seksyen 124. Orang-orang yang sudah mati atau hilang upaya.

(1) Tiada seseorang boleh mewakili atau bertindak bagi pihak harta pesaka seseorang si mati melainkan dia telah dilantik mengikut undang-undang menjadi pentadbir atau dia seorang wasi yang telah mengesahkan wasiat, tetapi seseorang benefisiari boleh menuntut bahagiannya daripada harta pesaka si mati terhadap mana-mana orang yang memiliki dengan cara tidak sah harta si mati itu.

(2) Jika sesuatu pihak di dalam sesuatu prosiding ialah seorang yang belum baligh, atau seorang yang tidak sempurna akalnya, Mahkamah boleh melantik seorang yang patut dan layak, yang tidak mempunyai kepentingan yang bertentangan dengannya, untuk mewakilinya dalam prosiding itu.

(3) Penjaga yang sah di sisi undang-undang atau penjaga semula jadi bagi seseorang yang belum baligh itu, atau jawatankuasa bagi seseorang yang tidak sempurna akal, jika ada, hendaklah lazimnya dilantik di bawah subseksyen (2), jika dia bersetuju bertindak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.