ORDINAN 43 TAHUN 2001
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM, 2001

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Penjagaan ke atas Orang dan Harta



Seksyen 103. Perintah khas mengenai harta kecil.

(1) Jika memandang kepada taraf kehidupan kanak-kanak belum dewasa itu dan kepada nilai hartanya dan juga kepada segala hal keadaan kes yang berkenaan ternampak bahawa adalah bermanfaat supaya harta modal kanak-kanak belum dewasa itu digunakan bagi menanggung nafkah, pendidikan, atau kemajuannya dengan cara yang boleh mengelakkan belanja bagi membuat permohonan kepada Mahkamah, maka Mahkamah, daripada melantik seorang penjaga bagi harta kanak-kanak belum dewasa itu, boleh memerintahkan supaya segala harta kanak-kanak belum dewasa itu, dari apa jua jenis pun, diletakkan dalam tangan seseorang yang akan dilantik oleh Mahkamah, dengan kuasa penuh untuk memperlakukan dan menggunakan harta itu bagi maksud yang tersebut di atas menurut budi bicaranya sendiri dan bebas dari apa-apa kawalan; dan dalam hal yang demikian resit dari orang yang dilantik itu adalah menjadi akuan penyelesaian yang sewajarnya bagi sesiapa jua yang membuat apa-apa pembayaran atau pindah milik apa-apa harta kepadanya bagi pihak kanak-kanak belum dewasa itu.

(2) Seseorang yang dilantik di bawah subseksyen (1) boleh diperintahkan oleh Mahkarnah supaya mengemukakan suatu laporan mengenai urusan-urusan yang dibuat olehnya mengenai harta kanak-kanak belum dewasa itu.

(3) Mahkamah boleh, kerana sesuatu sebab yang memadai, membatalkan apa-apa perintah, atau memansuhkan apa-apa pelantikan, yang dibuat di bawah subseksyen (1), dan boleh melantik seorang lain dengan memberi kepadanya kuasa yang sama atau apa-apa kuasa yang lebih besar atau lebih kecil yang difikirkannya patut, atau boleh melantik seorang penjaga bagi harta kanak-kanak belum dewasa itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.