ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN IV - PERKARA-PERKARA KEWANGAN
Kumpulan Wang Majlis



Seksyen 141. Surat akuan Yang Dipertua boleh diterima sebagai keterangan.

(1) Surat akuan yang ditandatangani oleh Yang Dipertua hendaklah diterima dalam sebarang Mahkamah sebagai keterangan pada zahirnya bahawa sebahagian daripada harta pesaka adalah terhak kepada Bait-ul-Mal dan tentang nilainya.

(2) Jika Yang Dipertua berpuas hati bahawa bahagian yang terhak kepada Bait-ul-Mal tidak dapat dijelaskan dengan serta-merta, dia boleh membenar penangguhan atau penyelesaian atas apa-apa syarat yang dia fikirkan patut, dan hendaklah mengesahkan dengan bertulis yang dia telah membenarkan demikian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.