ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN II - PENUBUHAN MAJLIS
Peraturan Mesyuarat



Seksyen 31. Perbuatan dalam masa tergempar.


Dalam masa-masa tergempar, Yang di-Pertua, setelah berunding dengan Mufti atau, jika ia tiada, dengan Kadi Besar, boleh membuat atau mengarah membuat bagi pihak Majlis sebarang perbuatan atau apa-apa sahaja yang boleh diperbuat dengan sah mengikuti ketetapan Majlis;

Dengan syarat bahawa Majlis hendaklah dipanggil bersidang dengan seberapa segera yang boleh selepas sahaja sesuatu perbuatan itu dibuat atau diarah dibuat dengan tujuan untuk mengesahkan perbuatan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.