ENAKMEN 8 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1989

BAHAGIAN I - PERKAITAN
Bab II - QARINAH



Seksyen 14. Nyataan-nyataan yang menunjukkan keadaan fikiran atau keadaan tubuh atau perasaan tubuh.

Nyataan-nyataan yang menunjukkan wujudnya sesuatu keadaan fikiran, seperti niat, pengetahuan, sucihati, kecuaian, kegopohan, niat jahat, atau niat baik terhadap seseorang tertentu, atau menunjukkan wujudnya sesuatu keadaan tubuh badan atau perasaan tubuh, adalah qarinah apabila wujudnya sesuatu keadaan fikiran atau tubuh atau perasaan tubuh itu menjadi soal atau berkaitan.

Huraian 1
-

Sesuatu nyataan yang berhubung sebagai menunjukkan wujudnya suatu keadaan fikiran yang berkaitan mestilah menunjukkan bahawa keadaan fikiran itu wujud bukan pada amnya tetapi berhubung dengan perkara tertentu yang berkenaan itu.

Huraian 2
-

Tetapi jika dalam pembicaraan seseorang yang dituduh atas sesuatu kesalahan, suatu kesalahan yang dilakukan dahulu oleh orang yang dituduh itu menjadi qarinah dalam erti seksyen ini, maka sabitan dahulu orang itu hendaklah juga menjadi suatu qarinah.

MISALAN-MISALAN





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.