ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991
BAHAGIAN XXVI - PENTADBIR WASIAT DAN PENTADBIR HARTA PUSAKA
Seksyen 192. Penghakiman terhadap harta pusaka.
(1) Suatu penghakiman terhadap seorang Pentadbir Wasiat atau Pentadbir Harta Pusaka hendaklah memperuntukkan bahawa jumlah penghakiman (termasuk apa-apa kos) diselesaikan daripada harta si mati yang berada atau yang akan diterima oleh Pentadbir Wasiat atau Pentadbir Harta Pusaka untuk ditadbirkan olehnya.
(2) Penghakiman itu hendaklah juga memperuntukkan-
(
a
) jumlah apa-apa kos; dan
(
b
) jumlah apa-apa aset si mati yang dituntut dan dibuktikan sebagai telah disalahgunakan oleh Pentadbir Wasiat atau Pentadbir Harta Pusaka.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.